KUPU-KUPU

Bayangkan anda sedang berjalan2 di sebuah taman bunga dan anda terpandang pada 1 kepompong di tepi jalan. Melalui 1 lubang kecil, anda dapat perhatikan seekor kupu- kupu sedang berusaha untuk membebaskan dirinya dari kepompong itu melalui lubang kecil itu.

Dek kerana lubang yang terlalu kecil, kupu- kupu itu tidak dapat melepaskan dirinya. Ia terus berusaha dan terus berusaha. Namun usahanya menemui jalan buntu, ia masih di dalam kepompong lagi. Anda sebagai manusia, merasa kasihan pada kupu- kupu tersebut dan membuat keputusan untuk membantunya. Dengan menggunakan jari, anda koyakkan lubang itu.

Maka keluarlah kupu- kupu tersebut dari kepompong yang kecil dan menyeksakan itu. Namun rupanya tidak sempurna, tubuh yang berisi, seolah-olah membengkak dan sayap yang berlipat- lipat. Dengan penuh harapan, anda sabar menanti dan berharap sayap-sayap itu akan berkembang. Sayap-sayap itu akan mampu menampung tubuh kupu- kupu itu apabila ia terbang. Namun sia-sia.

Akhirnya, kupu- kupu itu terpaksa meneruskan sisa- sisa hidup dengan badan yang seakan membengkak dan sayap yang berlipat-lipat. Mampukah kupu- kupu tersebut hidup dengan keadaan sedemikian? Siapa yang patut dipersalahkan?

Anda hanya membantu tanpa anda sedari bahawa kupu- kupu tersebut sebenarnya tidak memerlukan bantuan dari anda. Di dalam kepompong yang kecil itu, kupu- kupu tersebut perlu berjuang dan memaksa cairan dari badannya ke dalam sayap sehingga sayapnya dapat membuka kepompong melalui lubang kecil tadi.

Hidup dan perjuangan sememangnya menjadi lumrah alam, baik pada manusia mahupun haiwan. Tapi kita sebagai manusia haruslah bersyukur kerana kita dijadikan oleh Allah S.W.T dengan akal fikiran,agar kita dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan terus menjadi hambaNya yang bertakwa. Setiap antara kita punya impian dan cita- cita yang tinggi tapi mampukah kita untuk menggapainya tanpa sebarang usaha? Tanpa usaha, kita tidak akan mampu terbang jauh,seperti kupu-kupu tadi.

DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila ia mengiringi
demi siang hari bila menampakkan dirinya
demi malam apabila ia menutupi
demi langit berserta seluruh binaannya
demi bumi serta yang ada di hamparannya
demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketakwaan
beruntung bagi yang mensucikannya
merugi bagi yang mengotorinya

Lagu demi Matahari,nyanyian kumpulan snada..1lagi lagu nasyid yang membawa 1001 kesan mendalam pada jiwa aku..lagu ni 1st time aku dengar masa gi kursus ESQ minggu lepas yang belanja ditanggung sepenuhnya oleh MyIPO..alangkah bertuahnya aku terpilih mengikuti kursus ni..terlalu banyak tuk aku simpulkan tentang apa yang aku perolehi dari kursus..dan Alhamdulillah,teman aku hamim dah pun wat rumusan ttg kursus tu..Aku berharap sgt,kursus ni jadi titik tolak pada aku tuk jadi kay yang baru..Amin..