burfday..

17hb 08,hari ahad yang lepas la,adalah ulang tahun kelahiran aku..dah tua dah nampak gayanya..tapi rasa macam tahap kematangan tak menampakkan yang aku ni berumur 23 tahun..mungkin sebab perangai aku yang suka buat jokes,hepi go lucky je memanjang..hehe
macam biasa la,banyak ucapan2 yang aku terima,baik dari frenster@sms..masih ada orang yang ingat kat aku..n 4 this b'day,lepas dapat wish dari mak aku,aku wish mak aku 'selamat hari ibu'..bukannya sebab aku tak sempat nak wish masa Mother's Day hari tu,tapi memang mak aku berhak dapat ucapan tu..coz the day i was born is the day my mother's status change from a wife to a mother..dats why la..hehe

hadiah B'day aku..stylo..hehe..more info about dis watch in dis site..www.casio-intl.com/wat/beside/

b'day kali ni,aku dapat hadiah istimewa dari awek aku..seutas jam tangan..jenama casio..yang aku pun tak tau berapa harga dia..tapi harga tak penting,yang penting keikhlasan..n i love this present so much..hari yang sama ada kejohanan bowling pekerja MyIPO kat Mid Valley..have fun sikit2..menang kalah belakang kira n aku yakin semua orang bergumbira pada hari tu..
makin hari,makin seronot lak kerja kat myipo ni..hope bila tamat tempoh kontrak,aku akan diserap jadi pekerja tetap..Amin..
skor yang tak memberangsangkan

FAMILY DAY..

Sepatutnya artikel ni aku tulis minggu lepas,tapi dek kerana kesibukan,tak sempat lak..so masuk la minggu ni..9hb 08 2008 yang lepas,semua warga kerja MyIPO telah meluangkan masa menghadiri Family Day yang diadakan di Wet World,Shah Alam..kalau ikut senarai,ada dalam 400 orang gak,termasuk family..
Best?of coz..pada aku best je,sebab dapat main air..tapi sayang,hari tu mood aku tak berapa nak ok,so semua game sukaneka aku tak join..aku pun tak tau nape boleh rasa gitu..kalau tak boleh juga dapat hadiah 1,2..even cabutan bertuah pun tak dapat..hehe..
n aku rasa macam kat mana2 tempat yang aku berada,aku selalu diminta membantu,jadi urusetia di saat akhir..Family Day ni kira ok lagi..Kak Zila dah panggil awal2,minta tolong..dulu time kat sekolah biasa sangat jadi MC terjun..kat U pun pernah jadi pembaca doa terjun..mengisi slot yang orang tinggalkan..
tapi aku terima semua sebagai satu pengalaman..tak semua orang ada keberanian nak ke depan dan bersuara..dalam situasi genting,minda yang mantap dapat mempengaruhi badan agar bertindak seiring dengan situasi,bukannya sebaliknya..tapi zaman sekarang,duit boleh beli segalanya..keberanian n maruah senang2 je boleh dibeli..aku tak refer pada mana2 situasi tapi hakikatnya tu la dunia zaman sekarang..bak kata nabil(raja lawak)'lu ada otak,lu fikir la sendiri'..hehe

makna di sebalik salam

ini tajuk artikel yang aku ambil dari bahagian sastera,Berita Harian(17 Julai 2008)..sejak dari kecil,mak dan ayah aku mendidik aku dan adik2 aku tentang sopan santun..satu daripadanya ialah bersalam..waktu kecil dulu,tiap kali nak kuar rumah,aku mesti salam ngan mak aku n bagitau nak gi mana..dan Alhamdulillah,sampai sekarang amalan ni tak pernah aku tinggalkan walaupun aku dah dewasa..tapi ada segelintir masyarakat,terutama remaja yang tak ambil peduli tentang amalan salam..ye,zaman dah berubah,dunia dah maju(iklan Berita Harian kat TV),tapi tak semestinya amalan yang melambangkan budaya orang Melayu ni diabaikan..
dalam artikel tu ada mengatakan salam ni adalah sebagai tanda hormat pada yang lebih berusia,penghubung dua jiwa dan salam membina kemesraan dan kasih sayang..tapi kalau kita perhatikan,budaya salam hanya dipraktikkan di beberapa tempat je..kat masjid,sekolah agama,kenduri kahwin dan yang paling terserlah masa raya..
dari artikel tu juga la baru aku tau yang budaya berjabat tangan kalau mengikut Islam berasal daripada tradisi kaum Yaman,yang seterusnya berkembang mengikut perluasan empayar agama..kalau di Malaysia,kita bersalam,then letakkan di dada ataupun muka..tapi di Iran,diorang ambil tangan orang yang dia nak salam dan letakkan di dada diorang..cara diorang membawa maksud 'aku sanggup berkorban keranamu'..cuba bayangkan amalan ni diamalkan kat Malaysia..tak ke semua terkejut..jumpa orang ni,tangan kena tarik ke dada dia..jumpa orang lain pun macam tu juga..
dalam erti kata lain,golongan muda tidak seharusnya terus hanyut dibawa arus pemodenan..nak maju boleh,tapi budaya kita,asal usul kita janganlah wat2 lupa..bagi yang ada anak,didik n semailah budaya ni pada anak2..semoga amalan yang baik ni diteruskan sampai bila2..

cabaran hidup di rumah sewa..

aku tertarik pada artikel yang ada dalam BErita HARian(khamis,17 Julai)mengenai cabaran hidup di rumah sewa..apa yang diutarakan dalam artikel tu memang situasi yang pernah terjadi pada diri aku sendiri..tapi artikel tu lebih kepada student yang belajar kat KL..tapi tak bermakna aku yang study kat Terengganu tak merasa apa yang diorang rasa..paling ketara adalah berkongsi 1 rumah dengan 10-15 orang..waktu zaman U dulu,aku berkongsi rumah dengan 14 orang coursemate aku yang lain..sesak memanglah sesak,tapi semua tu tolak tepi,yang penting dapat save budjet..
nak lagi save budjet,kenala masak sendiri..dalam artikel tu kata,lauk faveret sardin n telur goreng..tapi aku lain,tak dapat telur goreng,ikan bilis pun jadi..even member2 aku pun bantai telur rebus je..kicap dijadikan kuah rasmi..
waktu tu sewa rumah RM60 sorang..tu pun ada juga yang liat nak bayar,termasuklah aku..tapi apapun pengalaman berkongsi rumah ramai2 gitu memang syok..paling syok masa nak gi kelas,gerak sama2 gi kampus..lagi syok bila beramai2 ponteng kuliah..
apapun,pengalaman mengajar aku lebih matang dalam menghadapi apa jua situasi di masa akan datang..

keter oh keter


Semalam hari yang agak sibuk bagi aku..nak uruskan pasal keter yang aku nak beli ngan abang wan..sampai 3x gi faks..gambar gelap katanya..mentang2 la kulit aku tak secerah mana..hehe..beli keter persona,full spec,ada sport rim lagi..tu abang wan kata la..kalau tak de,sedey juga la..
tapi dalam masa yang sama,aku kena bagitau kat shahrin yang aku tak jadi beli myvi..actually aku suka juga myvi,kecil,senang nak parking..tapi mak aku lak tak berkenan,tak kan aku nak wat ikut suka hati aku je..lagipun keter tu juga la yang mak n ayah aku akan naik..so lebih baik beli keter yang mak aku cadangkan..
oklah persona pun..nampak smart je..ada stail la..aku nak warna hitam..bak kata mak aku,hitam tu menawan..abang wan kata kalau tak de aral,dalam 3minggu dapatla keter tu..agak tak sabar juga la aku nak tunggu keter aku ni..boleh wat balik kampung time raya..
balik kampung..oooo..balik kampung