adik dia pakai selipar sebelah je..apa kes?

Kisah benar... Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama
Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli,
Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak
tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud
adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak
Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli,
Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli.
Tetapi, Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah.
Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus
menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.
Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah,
anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek
kepada Jayzee.

Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana
kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli
adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik
kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah
Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo
nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku
pening...

p/s-ntah sape la reka benda alah ni..wat pening kepala je nak memikirkannya..got this article from my inbox..

misha omar bela burung..

apakah tajuk itu?hahaha..pakai letak je..macam seronok je..tapi baca kat blog member aku..tajuk dia "siti nurhaliza kentut busuk"..tajuk dia pun dah busuk,aku pun apa lagi,buka la..rupa2nya,aku tertipu..citer pasal apa ntah..macam haram..


aku suka tengok kartun Tweety Bird masa kecik2 dulu..sampai sudah Silvestre tak dapat2 juga nak makan burung kecik yg comel itu..tapi kalau korg nak tau,Tweety Bird ni dah tua dah pun..umur dah 60 tahun dah pun..dah tak comel langsung..dah tak "bola2 api" dah pun..ni kalau campak depan Silvestre pun,aku rasa kucing tu pun tak pandang..tak caya,tengok la gambar ni..

bulu2 berguguran..sedih je muka..

mari mari mari..3 10..3 10..

Selalunya apa yg korg buat kalau bosan?bagi aku yg ada internet,boleh main internet..surf laman web yg dibenarkan..jangan semberono,nanti kuar gambar macam entry aku sebelum ni..(klik kat sini)..yg tak de internet,buat2 la cari game flash..

kat sini aku nak kongsi link2 yg 'baik punya' bak kata dafi AF..tapi link2 ni janganlah dibuka waktu ofis hour..dah habis kerja ke..time rehat bolehla juga..bukan apa,kalau korg ditangkap masa tengah syok2 layan tu,jangan lak nak salahkan aku..walaupun korg salahkan aku,tapi bos2 korg bukan kenal aku pun..so untuk mengelak diri korg dari kena gantung kerja atau dibuang kerja,layarilah laman2 web ni masa rehat..tapi kalau korg rasa tak tahan sgt nak buka link ni,sendiri mau ingat,sendiri tanggung..jangan kata aku tak nasihat..

ni antara link yg ada..selamat menjamu mata..

Horse Quartet

4 ekor kuda,suara lain2,boleh nyanyi secara individu@duo@trio@ramai2..Tapi lagu yg dimainkan agak terhad..jangan lak korg mengharap diorg nyanyi lagu M Daud Kilau..memang tak dapek la.. habiskan masa anda dengan hiburan tak senonoh ni..dalam masa yg sama,anda juga boleh turut menyanyi bersama..tapi suara kena control la..kalau tak,makin cepat la notis berhenti kerja sampai ke meja anda..

Buble Wrap Heaven

Masa kecik dulu aku suka betul main picit2 plastik yg ada belon2 tu..time layan game ni,terkenang zaman kecik2.. bunyi belon2 tu meletup buat aku rasa puas,seolah2 tiada hari esok untuk aku..(ayat apakah?)..dan tak yah risau kalau belon dah habis..tekan je "fresh sheet" dan mulakan balik meletupkan belon2 durjana itu..

Teddy Bear Tower

ni best ni..teddy bear yg degil tahap babun..kecik2 tak nak mampus,dah besar nyusahkan org..tapi korg akan rasa terbuai dengan karenah diorg..dekatkan cursor mouse pada diorang..diorg akan jatuh..tapi dengan keazaman dan semangat membara,diorg bangun balik..korg pasti akan cuba jatuhkan bear2 tu balik..bongok punya bear..dah jatuh tu sudah la..

Screaming Bean

Ada 1 tin baked bean..bila klik bnyak2 kali,tin meletup..kacang2 yg ada pun terkeluar la..nanti kacang2 ni akan berteriak..klik pada diorg,dan tengok apa yg terjadi..game ni sesuai tuk yg berjiwa ganas dan kejam,macam aku la..rasa puas bila dengar kacang2 ni menjerit..tapi korg akan fed up sikit la masa tunggu dia loading..petua dia:tekan refresh banyak2 kali bila nampak macam hang..layan sudah..

Destroy the Internet

anda tak suka yahoo?google suka tak?kalau tak suka,hancurkan semuanya..macam2 alat ada..korg akan rasa berkuasa bila dapat hancurkan laman2 sesawang ni..Tapi syg,dah tak leh main dah..padan muka korg,tak sempat merasa..hehe..aku sempat la juga main sepam dua..

The Idiot Test

1. Soalan dia senang je..tapi banyak tak ingat..

2. 1 je salah,kena repeat balik dari awal..so nak tak nak kena jawab betul2 la..

ni ambil masa lama juga ni..konfom korg akan rasa masa berlalu cepat je..sebab memang best pun..buktikan korg bukan idiot..aku genius dah..memang tak ambil test ni..haha

Zombo

yg ni paling best..tahap gaban kuasa lapan..memang ni la laman web terbaik..org kata save the best for the last..ni la jawapan bagi segala masalah bosan anda di pejabat..seriously,kalau betul2 tak de kerja,buka la link ni..rasailah kehebatannya..

SELAMAT MEMBAZIRKAN MASA…!!!!!


watashi patento japang

muka stone orang Jepun itu..haha
kursus tak habis lagi..si Jepun macam seronok je mengajar..sampai tak sedar yang dia tengah ajar orang Malaysia,bukan orang Jepun..perasan tak kat white board tu?aku memang tak faham,mungkin korang faham kot..meh aku zoom sikit..

apa benda dia tulis ni?

i dengan dia kawan je..

aku rasa macam dah malas je nak update blog..yela dengan keadaan aku yg sibuk sekarang ni..tapi rasa macam tak best lak biar blog tak di-update..

1.ada lawatan gi kilang honda kat melaka khamis lepas..best kot..sebab ni 1st time aku tengok sebuah kereta dibuat..dari part2,cantum2,cat2,sampai la jadi keter..termasuk la test alignment n macam2 lagi..geram pulak tengok keter2 honda ni..aku beli juga seketul nanti..tak banyak ilmu pasal paten yg aku blaja..sebab kalau bahagian reka2 ni banyak kat main dia..mana lagi kalau bukan negara matahari terbit..JEPUN..tapi aku tengok kat situ macam semuanya pekerja tempatan..even pengurusan pun org Melayu..tabik la kat korg..ke nak tunduk kepala stail Jepun?

kawan:cap yg dia bagi ni,dapat kat kita ke kena bagi balik?
aku:dapat kat kita kot..kalau dia minta balik,kedekut sgt la..aku pijak2 cap ni dulu,then campak ke muka dia..cap pun berkira..
kawan:tapi aku rasa pelik la..
aku:nape lak?
kawan:honda kan kaya,nape tak bagi visitors side mirror Honda City sorg satu?aku rasa tak jejas pun..
aku:kalau Honda ni bapak ko punya,bolehla..bongok..

2.malam isnin lepas blok kediaman aku tetiba terputus bekalan letriknya..sunggguh damn..sebabnya bila tak de letrik,tak dapat tengok Astro..ramai juga kawan2 aku kata yg kitorg tak bayar bil..silap besar..makan penumbuk sekepal la jawabnya..aku yg incharge pasal semua bil2 dalam rumah..tak pernah lagi miss bayar..so tido awal la aku..dalam 1.30 letrik ada balik..semua kecoh,macam ada jamuan hari raya je..then tiba2..

kawan:kay..aku tumpang tido rumah ko malam ni boleh tak?
aku:wei..lari dari rumah ke?datang la..

apa kes pkl 1.30 pagi telefon member minta tumpang tido?yg tu rahsia la..yg aku pelik,nape aku boleh terjaga lak?selalu aku tido mati..mmg tak kan dengar bunyi hp sampai la pagi esok..rezeki dia kot..

3.tetiba teringat kisah masa kecil2..lepas sekolah,aku ngan anak2 jiran gi mengaji ngan tok guru ni(refer previous story@klik sini)..so petang sebelum solat asar,lepak ngan kawan2 dulu..tiba2 member aku sakit perut nak berak..after selesai,kitorg dah prepare nak solat dah..then

anak jiran 1:wei,ko mana boleh smyg..
member aku:nape lak?
anak jiran 1:sebab ko berak tadi..berak kan hadas besar..kena mandi dulu la..
member aku:ha ah la..aku balik rumah mandi dulu la..

aku ngan kawan2 lain semua gelak sakan..sebab tak percaya lak yg mamat tu boleh percaya apa member dia bagitau..tak pasal2 berlari laju balik rumah..padahal datang tempat mengaji ngan basikal..nak mandi hadas besar punya pasal,basikal pun lupa..

Moral:sayangi kawan2..sebab kita bukan setakat membesar bersama family kita je..tapi ngan kawan2 juga..

gambar tak de kaitan pun..terjumpa patung ni dalam lif..
santa claus tengah menyamar jadi patung..

giler bersawang..

Assalamualaikum..

aku nampak pelbagai jenis labah2 dah buat sarang kat blog aku ni..penunggu tu tak yah cakap la..tu baru sekejap aku tak berblogging..kalau lama sikit lagi mesti dah jadi port mat pit,hisap ganja n hidu gam..Alhamdulillah,aku sihat..boleh la aku update sikit2..lagipun aku risau juga,kot2 dapat memo dari pengurusan blogspot,minta buat surat tunjuk sebab kenapa tak update..tapi ada ke?

1.aku sibuk ngan kursus skrg ni..projek khas ofis aku ngan JICA(Japan International Cooperation Agency)..so lagi sekali aku mendengar sensei2 jepun berceramah dengan gumbiranya..macam biasa,dia buat lawak yg kitorg tak faham,then gelak sendiri..apa kes?ada sebulan lagi ni tuk kursus..cuti disejukbekukan pulak..memang pengurusan sengaja tak nak bagi aku ponteng la tu..citt..

2.sabtu lepas aku hang out ngan member2 aku masa aku kat Asrama Felda dulu..nak kata perjumpaan blogger,tak kena lak..sebab bukan semua ada blog..antara yg ada man,ibni,amir,azwan,epul dan aku..mula2 aku ingatkan perjumpaan ni sebab epul nak tunjuk hikmat ustaz amirul dia..yela,datang dari jauh kan..rupa2nya aku tertipu..dah la tak bawa juga neo dia..kedekut..macam la luak kalau aku tengok neo dia..ko tengok la nanti..aku gores dan menang kat kereta ko..

3.aku sambut anniversary aku ahad lepas..tahniah kepada aku..terima kasih..dapat hadiah lagi dari awek tercinta..aku minta tolong sgt2,jangan la korg jeles sebab awek aku care kat aku..kalau nak rasa apa aku rasa,carila awek sendiri..diizinkan Allah,hujung tahun ni nak kahwin dah..lagi sekali jangan nak rasa jeles la..kali ni mungkin giliran aku..next time giliran korg pulak..

4.aku cukup 'bengkek' dengan org yg tak hormat pompuan..sebab bila ko buat jahat pada pompuan,seolah2 ko buat jahat pada mak ko sendiri..ada kes menyirap sebenarnya..hari tu ada org tolak awek aku semata-mata nak dapat tempat duduk dalam LRT..dah dapat tempat duduk,buat2 tak bersalah,then buat2 tido..tahik sungguh..what the ****..aku ni bukan jenis suka mencarut..tapi kalau dah panas hati,semua benda haram keluar..aku dah mark mamat tu..jumpa lepas ni aku nak 'jek' kat perut..

'jek'=sepak@flying kick

5.
Sumber:isuhangat.blogspot.com

p/s-seronok dengar ceramah kat surau MISC..nape penceramah suara dia sedap ek kalau baca ayat2 Al-Quran?menangkap jiwa sungguh..mendayu2 je..