juara lagi..

aku jarang bercakap pasal bola..awal2 main blog dulu ada la juga..apa nak dikata,mereka juara lagi..aku start minat MU masa zaman CAntona dulu..ntahla..permainan dia best..tapi aku cukup tak suka ejek mengejek org kita kalau team lawan kalah..macam hape ntah..bola sepak tempatan tak nak sokong,tapi bola sepak luar nak kecoh2 lak..apapun,all d best 4 MU tuk final Champions LEague lawan BArcelona..

p/s-aku sokong team yg menang..sama macam ayah aku..

Al-Fatihah buat Suria Hidayat

Kanak-kanak maut kereta jatuh gaung

KUANTAN 11 Mei - Seorang kanak-kanak maut manakala kakaknya koma selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarga mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohd. Suria Hidayat Mohd. Nasir, 7, dari Sungai Isap Damai di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala kakaknya, Maimunah, 9, koma dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke Kuantan dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu abang mangsa, Zulhelmi, 22.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, abang mangsa yang memandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kereta itu kemudian melanggar sebatang tiang papan tanda amaran di bahu jalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Yahaya memberitahu, Zulhelmi patah kaki kanan dan ibu mangsa, Norazizon Saiman, 45, yang duduk di bahagian penumpang depan cedera parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, Mohd. Suria Hidayat dan Maimunah duduk di bahagian belakang kereta itu.

Sementara itu, beliau berkata, kesemua yang cedera dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Sumber:Utusan,12/05/2009

Pada semua kawan2 yg mengenali aku n awek aku,tak kira la melalui blog sekalipun,aku harap korg semua dapat sedekahkan Al-Fatihah pada arwah adik awek aku,Suria Hidayat dan mendoakan semoga adik Maimunah cepat sedar dari koma..

p/s-teringat lagi masa adik Suria minta aku belikan belon untuk dia..sedihnya..

aku bukan binatang itu..

tajuk macam harem..aku rasa bukan aku sorg ada pengalaman dengan binatang..ni ada a few citer tentang aku dan binatang..

1.aku pernah kena gigit ngan beruk masa aku kecik..betul2 kat betis aku..tapi ye la,aku kan darah pendekar,pantang mengalah..aku tumbuk2 muka beruk tu,then hantuk kepala dia kat pokok..seb baik juga tuan beruk tu dah potong gigi taring dia..kalau tak,mau berlubang betis aku kena ngap..

2.ada 1 hari aku rasa penat sgt..cek2 kat dapur ada milo,teh,nescafe dan tongkat ali..aku pun tak pasti sape punya t.ali tu..tak mungkin ayah aku..ayah aku telan telur ayam kg+madu,baru power..sebat jela t.ali tu..tambah susu sikit..time kacau2 air tu,nampak berbuih2 kat tengah je..minum sudah..then terasa ada sumthing terlekat kat langit2..rupa2nya..labah2 je..tapi yg aku heran,aku tak jadi spiderman lak..ke kena gigit ngan labah2 je baru jadi spiderman?..yg pasti aku jadi 'JAMBANMAN' sebab aku cirit birit lepas tu..

3.pernah kena kejar ngan babis tak?babis ni panggilan manja tuk anak binatang hidung penyek tu..aku tak pernah kena kejar..tapi pernah kejar babis ni..masa tu aku kecik lagi,sekolah rendah la..biasa la rumah felda dulu2,ada hutan sikit kat belakang rumah..ntah camna ada babis ni sesat..aku n anak2 jiran boleh pulak gi kejar babis tu..keliling kg juga la..sedar2 je ramai budak2 kg ikut kejar sama..semua jadi jakun,macam tak pernah tengok babis..bila fikir balik,terasa bongok diriku ini..

4.aku cukup syg pada kucing yg aku bela..nama2 yg aku bagi semua nama standard..Putih,Hitam,Tompok..kalau semua kucing aku hidup lagi,nak tukar nama diorang jadi Richard ke..John ke..tapi semua dah mati..ada sekor tu mati kena gilis..meraung juga adik2..aku cool..tak nangis..lagi sekor ni sedih sikit..mati sebab keracunan keropok..ni semua jiran aku punya pasal la..sengal sgt..ada ke dia buat perangkap babis guna umpan keropok?kalau keropok ok tak pe la..ni dah celup2 ngan racun..mati la kucing aku tu dengan mulut berbuih..sampai sekarang aku anti ngan jiran aku..tapi kalau kenduri kahwin anak dia aku datang..dapat makan free..tak kan dia nak letak racun kot..

5.aku pernah terpijak kaca masa kecik..so kaki aku terbelah di pergelangan kaki menampakkan isi dan darah keluar membuak2..so kena jahit n aku terpaksa mengengsot tuk bergerak dalam rumah..satu hari tengah lepak,ntah dari mana dtg sekor lipan ke arah aku..bygkan kesusahan aku alami waktu tu..mengengsot selaju mungkin menjauhi lipan tersebut sambil menjerit2 panggil mak aku..haus juga la b*nt*t aku ni dalam beberapa mm..siut sungguh encik lipan itu..

kalau diikutkan,banyak lagi sebenarnya..cukuplah dulu..sayangi la pada binatang,sebab diorg pun makhluk Allah juga..

p/s-bila tengok lipas,aku rasa nak spray rinsect je..geram tengok dia merayap cepat sgt..

nak susu..


kanak2 menggemari susu biomil..
ia lazat,berkhasiat..

ni la iklan susu yg aku 'can not go' bila aku dengar..sempoi semacam je iklan dia kat tv..tak menarik minat budak langsung..seb baik ada zirafah..sebut pasal zirafah,teringat member aku pernah tunjuk gambar awek dia ngan koleksi patung zirafah..macam huduh je patung zirafah..aku nak buat koleksi patung tapir la..macam menarik je..

tapi susu ni sedap..serius..masa 1st time minum susu ni,aku teringat zaman kecik2 dulu..balik dari kelas mengaji,singgah kedai runcit..ala,tak yah tunggu balik pun boleh beli..kedai runcit sebelah tempat mengaji je..ada 1 gula2 ni..permukaan bulat tapi dia leper,perisa susu..ada gak rasa coklat..rasa susu biomil ni sebijik macam rasa gula2 tu..perghh..terkenang tu..tak pasti ada jual lagi ke tak..kalau ada nak beli la 1 papan..

promoter tempat aku test susu ni kata susu ni boleh mengembalikan ingatan yg hilang..aku tak pasti maksud dia..mungkinkah..

a)hilang ingatan sebab eksiden..
b)terlebih makan semut..
c)org2 tua yg nyanyuk..

p/s-ni apa kes tetiba citer pasal susu ni?ntah..lantak ko la kay..

ekor lembu ke ekor kambing?

1MEI2009

1.Selamat Hari Pekerja..pada yg berkerja la..yg tak berkerja jgn ngada2 nak sambut2 lak..korg dah tiap2 hari cuti..cepat2 cari kerja..tahun depan boleh sambut sekali..

2.Aku balik Tganu..bersama awekku n kakaknya..bestnya..tak sabar nak jumpa mak ayah aku..rasanya dah lama tak balik..sibuk sgt dgn hal2 dunia..jem pulak kat highway..sebab jalan tengah dibaikpulih..nanti aku ingat nak beli jet peribadi..balik kg nanti boleh parking kat padang sekolah depan rumah aku..

3.hantar awek aku balik rumah dulu..then tanpa segan silu,aku ter'flat' kat rumah awek aku lak..seb baik mak dia tak kisah..kalau tak,aku balik basah kuyup kena jirus air..

4.mak aku menunggu aku di muka pintu..terasa syahdu dalam hati tengok mak aku..memang tu la kebiasaan mak aku kalau aku kata nak balik..menunggu anak kesayangan balik di muka pintu..luv u mak..ye,aku anak mak,so what?

5.ayah aku balik kerja dan tersenyum masa nampak aku tengah borak2 ngan mak..walaupun gigi dah tak de,tapi ayah aku nampak hensem..no wonder la aku pun hensem juga..hahaha

2MEI2009

1.bersama mak n ayah gi rumah awek aku..untuk apa?menetapkan tarikh aku n awek aku boleh bergelar laki bini..perbincangan hangat pun berlaku..setiap perwakilan mengeluarkan hujah2 yg bernas..ada makan2 lagi..macam meeting kat ofis je..karipap n air milo..air milo sedap..awek aku pandai buat air milo..karipap pun sedap..sedia menerima tempahan tuk mesyuarat..hubungi awek aku..hehe

2.teman mak usha2 brg2 kahwin aku..2,3 tempat juga pergi..ayah aku tak ikut usha..lepak luar hisap rokok lagi baik katanya..ayah,merokok membahayakan kesihatan..

3.lepak2 borak ngan mak sepanjang petang..salah 1 aktiviti yg aku tak pernah miss kalau balik rumah..semua citer ada..kahwin,mati,jiran sebelah,kebun ayah,tayar besar..mak aku kelakar..darah kelakar tu mengalir dalam diri aku..tapi ayah aku darah pendekar..

pendekar+kelakar=haru biru=aku

3MEI2009


1.balik KL dengan hati berat tuk meninggalkan ibu ayah tercinta..

2.aku kena saman ekor lembu masa gi kedah hri tu..aku ter'speed' 126km/j kat slimriver..hek eleh..lebih sikit je berkira..org lain pecut boleh pulak..tak pela..aku warganegara malaysia yg baik..bayar jela..

p/s-aku rasa aku apply cuti hari ni..tapi nape aku dtg kerja?