karok..

sekarang ni tak berapa nak ada idea la nak tulis apa..so aku nak kongsi lagi 1 video kelakar yang ada dalam simpanan aku..tak tau nape tiap kali aku tengok mesti aku gelak..maybe sebab aku tak segila ni masa gi karaoke ngan member2..so apa lagi..layan sudah..


supliment tambahan..

pesakit:doktor,saya rasa saya tak sihat la..
doktor:ooo..awak penat je..awak perlu makan supliment tambahan je..nah,ambil vitamin ni..

dialog kat atas,tu yg aku faham pasal supliment..tapi yg ni camna?


p/s-terbaca kat toilet midvalley..sepatutnya sentimen kan?

no unta..

ya..saya salah..saya yg salah sebab biarkan blog ni tak ber'entry' baru..nak wat camna..kering idea..tambah pulak ngan kursus2 yg tak pernah nak habis..oklah..ni rangkuman citer sepanjang minggu tak update blog..

1.11-12/07 yg lepas ada kejohanan takraw n bola tampar tertutup ofis aku..as usual,sebagai sportsman dan juga supportman,aku join la juga barang sekeping..tuk takraw team aku sampai semi juga la..tapi biasa la,team 'bawah anjing' a.k.a underdog,tak masuk final la..no 4 sudah..tapi bola tampar ok sikit..no 2..sebenarnya kejohanan tuk pilih pemain utk sukan kementerian nanti..aku tak mengharap,tapi kalau dapat,memang aku main sungguh2 la..

2.13-15/07..kursus lagi..kat Marriot..masing2 dah berangan nak makan apa kat sana..bukan nya nak fokus pada kursus,tapi lebih pada makanan..aku pun sama juga..haha..tapi kali ni kureng sikit berbanding tahun lepas..minggu depan dengar citer ada kursus lagi..fail bulan ni tak siap lagi..aduhai..

3.vandalisme berleluasa..nape la org kita ni suka sgt menjahanamkan harta benda awam..

aku pun tau tak de unta kat situ..sebelum NO UNTA,dia tukar jadi ZON UNTA dulu..macam haram..kejadian berlaku di parking area stesen LRT Universiti..

4.esok nak balik kg..nak ukur baju kawen..wah,aku nak kahwin..terima kasih pada semua yg mendoakan hbgn aku ngan awek aku selama ni..

Kecantikan Lelaki & Kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki & Kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani

Lelaki yang cantik.....................

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...

p/s-aku rasa aku belum sampai tahap lelaki cantik lagi..

wash your body,wash your hands too



lagu best..layan sudah..aku dah siap boleh hafal lagi..sesuai dengan situasi sekarang ni..

entri ke-100

salam pada semua..ni entri ke-100 aku..sampai juga 100..bangga ngan diri sendiri,walaupun entri2 aku biasa je..dalam erti kata lain,tak de unsur intelek langsung..padahal aku kerja kat perbadanan harta intelek..entri kali ni banyak gambar..aku lebih suka letak gambar dari mengarang sebab bukan pandai pun buat ayat sedap2..merapu boleh la..

1.ahad lepas ada reunion kecik2..actually ada futsal interbatch untuk skol aku dulu,SM Sains Selangor..memang ramai giler yg datang..baya2 ayah aku je semua..aku sampai lambat sgt,game tuk team aku dah habis..tambah sengal aku lupa bawa short..so main futsal pakai sluar jean la jawabnya..macam org gilak pun ada..

baju sukan+kasut futsal+sluar jean=mantap nak mampus..
alumni SMSS

budak2 batch aku..aku sorg je form 4 baru

aku pun mencapab(eja gini ke?),tunjuk skill

2.aku memang tak hebat mana BI..tapi aku faham la juga sesetengah perkataan tu..aku dapat 1 email..ni gambarnya..
klik gambar tuk besarkan..F**k?

ada 3 kemungkinan
  • memang dia tak tau maksud perkataan tu
  • pinjam baju member,tak sedar ada perkataan tu
  • memang sengaja nak show off
apa2 pun,agak2 la..ko dah besar,dah pandai beza baik buruk..adik jiran aku yg kecik pun tau sebut benda mencarut tu..

3.terjumpa gambar2 lama dalam fesbuk member aku..giler terkenang..
gambar meja aku(yg ada kalkulator)
gambar kelas..dah la tengah panas..meleleh2 peluh
gambar dinner..1st time aku merasa makan kat hotel..
konvo la konon2nya..result gempak tak pe la juga..ni macam hampas..

3.aku harap aku dapat terus buat entri baru..kalau lambat je update,tengah cari bahan la tu..

p/s-apa khabar la member2 aku yg dah lama tak jumpa..muncul2 kan la diri tu..