makna di sebalik salam

ini tajuk artikel yang aku ambil dari bahagian sastera,Berita Harian(17 Julai 2008)..sejak dari kecil,mak dan ayah aku mendidik aku dan adik2 aku tentang sopan santun..satu daripadanya ialah bersalam..waktu kecil dulu,tiap kali nak kuar rumah,aku mesti salam ngan mak aku n bagitau nak gi mana..dan Alhamdulillah,sampai sekarang amalan ni tak pernah aku tinggalkan walaupun aku dah dewasa..tapi ada segelintir masyarakat,terutama remaja yang tak ambil peduli tentang amalan salam..ye,zaman dah berubah,dunia dah maju(iklan Berita Harian kat TV),tapi tak semestinya amalan yang melambangkan budaya orang Melayu ni diabaikan..
dalam artikel tu ada mengatakan salam ni adalah sebagai tanda hormat pada yang lebih berusia,penghubung dua jiwa dan salam membina kemesraan dan kasih sayang..tapi kalau kita perhatikan,budaya salam hanya dipraktikkan di beberapa tempat je..kat masjid,sekolah agama,kenduri kahwin dan yang paling terserlah masa raya..
dari artikel tu juga la baru aku tau yang budaya berjabat tangan kalau mengikut Islam berasal daripada tradisi kaum Yaman,yang seterusnya berkembang mengikut perluasan empayar agama..kalau di Malaysia,kita bersalam,then letakkan di dada ataupun muka..tapi di Iran,diorang ambil tangan orang yang dia nak salam dan letakkan di dada diorang..cara diorang membawa maksud 'aku sanggup berkorban keranamu'..cuba bayangkan amalan ni diamalkan kat Malaysia..tak ke semua terkejut..jumpa orang ni,tangan kena tarik ke dada dia..jumpa orang lain pun macam tu juga..
dalam erti kata lain,golongan muda tidak seharusnya terus hanyut dibawa arus pemodenan..nak maju boleh,tapi budaya kita,asal usul kita janganlah wat2 lupa..bagi yang ada anak,didik n semailah budaya ni pada anak2..semoga amalan yang baik ni diteruskan sampai bila2..

1 maklum balas:

f a r away ~ berkata...

good starting~
keep good work!
-kak farid