Al-Fatihah buat Suria Hidayat

Kanak-kanak maut kereta jatuh gaung

KUANTAN 11 Mei - Seorang kanak-kanak maut manakala kakaknya koma selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarga mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohd. Suria Hidayat Mohd. Nasir, 7, dari Sungai Isap Damai di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala kakaknya, Maimunah, 9, koma dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke Kuantan dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu abang mangsa, Zulhelmi, 22.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, abang mangsa yang memandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kereta itu kemudian melanggar sebatang tiang papan tanda amaran di bahu jalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Yahaya memberitahu, Zulhelmi patah kaki kanan dan ibu mangsa, Norazizon Saiman, 45, yang duduk di bahagian penumpang depan cedera parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, Mohd. Suria Hidayat dan Maimunah duduk di bahagian belakang kereta itu.

Sementara itu, beliau berkata, kesemua yang cedera dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Sumber:Utusan,12/05/2009

Pada semua kawan2 yg mengenali aku n awek aku,tak kira la melalui blog sekalipun,aku harap korg semua dapat sedekahkan Al-Fatihah pada arwah adik awek aku,Suria Hidayat dan mendoakan semoga adik Maimunah cepat sedar dari koma..

p/s-teringat lagi masa adik Suria minta aku belikan belon untuk dia..sedihnya..

3 maklum balas:

Donut berkata...

sorry for da bad news..
hope adik maimunah getting well

kotaklimasegi berkata...

alfatihah..

semoga adik maimunah cepat sembuh..

liyana berkata...

harap 3 ahli keluarga yg lain selamat & sembuh. amin